Saturday, November 29, 2008

Gambar Kem Solat Nov 08













Assalamu'alaikum

Semoga ibubapa dan anak-anak peserta kem solat Nov 08 sentiasa dipelihara oleh Allah dan sentiasa diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk mengerjakan amalan yang utama iaitu solat.

Kem solat kali ini telah mengumpul 31 orang peserta lelaki dan perempuan dari berbagai peringkat umur dari 6 - 15 tahun. Walau bagaimanapun perlaksanaan kem solat telah telah berjalan dengan jayanya. Setiap peserta telah berjaya menamatkan program dengan pertambahan ilmu yang sangat memberangsangkan.

Sepanjang program selama 3 hari 2 malam tidak ada peserta yang mengadu bosan atau menangis ingin pulang atau balik rumah. Kalau adapun peserta yang berumur 7 tahun menyatakan rindu kepada ibunya. Maklumlah, kali pertama berpisah dengan ibu tercinta dan peserta ini memang bersendirian tanpa abang atau kakak, Namun akhirnya peserta tersebut dapat membiasakan diri dengan kawan-kawan baru dan dapat mengikuti program ini dengan jayanya mengikut tahap umurnya. Kebanyakkan peserta lain datang bersama saudara. Program kali ini tercatit rekod satu keluarga teramai, seramai 12 orang peserta dari satu susur galur satu keluarga. adik, kakak, abang, dan sepupu.

Dalam program kami, slot motivasi tidak kami lupakan agar dapat membuka minda peserta untuk lebih bersungguh-sungguh mempelajari ilmu yang diberikan dan seterusnya mengamalkan dalam kehidupan seharian mereka.

Kami juga telah membuat penilaian awal tahap peserta jadi senanglah para fasilitator kami untuk membimbing peserta mengikut tahap mereka. Kami memfokuskan setiap peserta paling kurang dapat mengerjakan solat dan dapat membaca bacaan yang rukun dalam solat. Bagi peserta yang "advance" kami menambahkan hafazan doa=doa selepas solat dan juga hafazan surah-surah pilihan.

Seperti yang kami janjikan, kem solat ini adalah gabungan modul 1 dan 2, jadi kami telah mengajar kaedah menghafalz yang efektif kepada semua peserta dan semua peserta telah dapat mengikuti kaedah hafazan tersebut walaupun yang berumur 6 tahun.

Kem Solat yang akan datang ialah pada 23 - 25 Dis08. Setakat ini 4 orang peserta telah mengesahkan penyertaannya. Kepada ibubapa yang berminat sila isi borang penyertaan di http://www.kemsolat.com/ . Penyertaan adalah terhad dari segi bilangan, ini adalah kerana kami ingin memastikan setiap peserta mendapat perhatian yang sepenuhnya.

Sekian, terima kasih.

Hj. Zaini bin Abdul Rahman

zaini@kemsolat.com

No comments: