Showing posts with label program. Show all posts
Showing posts with label program. Show all posts

Sunday, November 1, 2009

Kem Solat

Fakta

  • Ramai remaja rosak akhlak, lepak dan membuang masa.
  • Pergaulan bebas dan zina berleluasa (seks bebas)
  • Anak menderhaka kepada ibu dan bapa.
  • Ramai remaja tidak solat atau tidak tahu solat.

Sebagai ibubapa fakta di atas sangat menakutkan kita. Kami ingin membantu anda dengan menyediakan program khusus tentang solat. Mendidik, melatih dan membimbing anak-anak anda untuk solat dengan sempurna.

Kenyataan dari Al-Quran

.. Dirikanlah solat sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar

Al-Ankabut ayat 45

Kesan solat yang sempurna...

  • Bertakwa
  • Berdisiplin
  • Akhlak mulia
  • Menjaga masa
  • Ta'at kepada ibubapa
  • Cemerlang dunia dan akhirat.

Kami menawarkan program Kem Solat yang efektif dengan memberi penekanan kepada aspek berikut:

  • Ilmu
  • Amali
  • Motivasi
  • Penilaian

Ko-ordinator

Berilmu, berpengalaman dan berkemampuan memberikan motivasi.

Fasilitator

Mesra, berkemahiran dan boleh dicontohi.

Tuesday, January 27, 2009

Kem Tahfiz - Latihan Imam Muda

Assalamu'alaikum kepada ibubapa yang dihormati, semoga mendapat redha Allah SWT dalam melayari bahtera rumah tangga dan sebagai pendidik yang berjaya, insyaAllah.



Bertemu lagi kita dalam ruangan yang tanpa sempadan ini, pada kali ini saya ingin maklumkan bahawa kami akan mengadakan Kem Tahfiz - Imam Muda. Tarikh program insyaAllah seperti berikut:
Tarikh: 15 - 19 Mac 2009
Tempat: Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam, Selangor.
Mula Program: Jam 2.30 petang dipintu masuk (Pondok Pengawal Taman Pertanian)
Bayaran untuk program ini: RM400.00 untuk 5 hari 4 malam (makan, tempat tinggal disediakan sepenuhnya.
Tamat Program: 5.30 petang (19/3/09)

Pendaftaran boleh dibuat segera di www.kemsolat.com