Setiap ibubapa (saya juga) inginkan anak-anak mereka dapat istiqamah (kekal dan bersungguh-sungguh) dalam mengerjakan solat. Memang saya tidak menafikan bahawa untuk mengekalkan anak-anak dalam solat sesuatu yang sukar. Ini adalah kerana kita bukan boleh mengharapkan dengan sekali mengikuti kursus seorang anak itu dapat istiqamah. Walaupun semasa baru balik dari kursus anak-anak nampak telah berubah tapi perubahan itu sudah pastilah tidak kekal bagi kebanyakkan anak. Kenapa ya?
Ini adalah kerana pendidikan itu adalah bersifat berterusan, kalau dengan sekali mengikuti kursus anak-anak dah berubah 100% maka tanggung jawab mendidik bagi ibubapa dah terlepas. Mudah la tugas pendidik.....
Pendidikan solay secara praktikal bermula seawal 7 tahun seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW dan berterusan sehingga 10 tahun kemudian diteruskan lagi dengan penegasan, maknanya kalau tak nak solat juga perlu dirotan...... dan pendidkan itu diteruskan lagi hinggalah anak itu sampai tahap matang dan mampu untuk mengurus diri. Itulah tugasan ibubapa bersifat berterusan bukannya sekali sekala...
"Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka sekiranya tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka di tempat tidur." Al-hadis
Apabila solat itu menjadi kebiasaan dan bimbingan dari ibubapa diteruskan lagi hinggalah anak-anak akan merasa nikmat dalam amalan solat barulah mereka akan melakukannya dengan sendiri tanpa disuruh. Sekiranya anak-anak dah capai tahap ini, kita akan lihat kecemerlangan akan menyusuri dalam hidup mereka.
Hj Zaini bin Abdul Rahman
No comments:
Post a Comment