Saturday, February 21, 2009

Solat Sempurna Membentuk Pelajar Cemerlang




Assalamu'alaikum kepada para pengunjung blog.....



Dalam solat, telah ditentukan masa yang telah ditetapkan, contohnya solat subuh diawal pagi. Apabila seorang pelajar berjaya mengikuti masa yang telah ditetapkan itu, akan menjadikan mereka pandai dan bijak mengurus jadual solat. Setiap pelajar yang mahu mencapai kecemerlangan pasti dalam pelajaran juga mesti dan perlu boleh mengurus masa dengan baik dan efektif. Cuba kita lihat dalam TV atau akhbar. Setiap kali selepas keputusan peperiksaan utama diumumkan, apabila pemberita bertanya kepada pelajar yang mendapat cemerlang. Apa rahsia kecemerlang anda? Mesti diantara jawapan mereka ialah: saya telah membuat jadual belajar dan mengikutinya.



Jadi, anak-anak sekelian.... Teruskanlah taat dengan jadual yang Allah telah tetapkan kepada kita, semoga kita akan berjaya mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.


No comments: