Wednesday, September 24, 2008

Jagalah Allah... Allah menjagamu....

Assalamu'alaikum kepada semua pengunjung dan pembaca blog ini. Sang emoga Allah meramati anda dan keluarga anda dan meletakkan kita di bawah pimpinanNya dalam setiap perkara.
Blog ini saya wujudkan demi untuk menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan pengunjung laman web www.kemsolat.com. Semoga kita dapat berinteraksi/berhubung dengan lebih dekat lagi, insyaAllah.
Tajuk pertama yang ingin saya bentangkan disini ialah tentang hubungan Allah dan kita sebagai hambanya. Iaitu jagalah Allah... Allah menjagamu saya petik beberapa nukilan dari buku karangan Dr 'Aidh binAbdullah Al-Qarni. Seorang manusia yang beriman kepada Allah pasti akan meletakkan kecintaan Allah sebagai MATLAMATnya yang utama. Kerana hanya dengan kecintaan kepada Allahlah akan menjadikan kita selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Oleh itu amatlah dituntut kepada kita untuk berusaha mendapat cinta Allah. Amalan yang sangat penting dan utama untuk mendekatkan diri kita dengan Allah ialah SOLAT. Kerana solat adalah merupakan pertemuan kita dengan Allah secara terus tanpa perantaraan. Itulah kelebihan Islam, dimana setiap penganutnya dapat berhubung sendiri dengan penciptanya.

No comments: